Isnin, 24 Jun 2013

Nisfu Sya'ban




Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada  Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :

"
Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan".
 (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

"
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam.

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,

Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:

1)      Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2)      Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain

اللهم بارك لنا في شعبان و بلغنا رمضان

Rabu, 12 Jun 2013

Catatan perjalanan...Umrah 2013


Ya Allah kami datang kepada Mu :
...Kami memohon maaf kepada semua yg mengenali kami, doakan kami dapat melaksanakan ibadat Umrah, beroleh Umrah yg Mabrur...selamat pergi dan kembali..

Alhamdulillah...sapai klia dah... menunggu urusan kemasukan...Allahhumma yassir wa la tu'assair..
 
Photo: Alhamdulillah...
...sapai klia dah...
menunggu urusan kemasukan...
Allahhumma yassir wa la tu'assair...





Abu Dhabi:
.. Alhamdulillah, sampai Abu Dhabi dah...transit 2Jam, insyaAllah pukul 5 pagi sampai ke Airport Jeddah...
 Photo: Abu Dhabi:
.. Alhamdulillah, sampai Abu Dhabi dah...transit 2Jam, insyaAllah pukul 5 pagi sampai ke Airport Jeddah...:-)



 Alhamdulillah... Selesai melaksanakan Ibadat Umrah...satu hari satu malam para jemaah tidak melelapkan mata, tapi alhamdulillah semuanya bersemangat n mendapat kekuatan melakukan tawaf n saie dfn bimbingan mutawwif yg dedikasi dan sgt prihatin kpd para jemaah...syukur ya Allah.

Photo 



 Rehlah sa'edah:
..Jaulah Ja'ranah, dan untuk berniat umrah n memakai ihram kali ke 2,
...melihat Gua Thur,Gua Hira', sejarah peninggalan Habibina Rasulillah S.A.W...
...melawat tempat jemaah Haji menunaikan Ibadat Haji, padang Arafah, Mudzalifah, mina dan tempat melontar jamrah, perasaan sangat teruja, gembira dan ada rasa sebak di dada...

Allah...semoga tidak lama lagi kami dijemput untuk menunaikan ibadat Haji..

Photo: Di Jabal Rahmah..Arafah...





 pekena aiskrim:
..wajib pekena, aiskrim bin daud, yummi...selepas solat zohor di Masjidil Haram..





 Xpdc mendaki Jabar Nur ( Gua Hira')
...Allahhu Akhbar...pendakian yang sangat mencabar emosi, jasmani dan rohani. Kalaulah tidak kerana mengenangkan niat hati yg ingin menjejaki sirah Rasul kecintaan ummat, kalaulah tidak mengenangkan ketabahan hati Siti Khadijah, sudah lama kami tersadai di bawah puncak gunung...(terutama saya :-))

...Setelah 1Jam mendaki kami sampai ke puncak Jabal Nur, terbang melayang semua kepenatan, datang rasa segar dan bersemangat...Sirah dan perjuangan Rasulullah wajib kita Jejaki...Gua ini tempat turun wahyu pertama, semanhat n ketabahan Habibina S.A.W wajib kita teladani buat semangat pada hari mendatang.. 

 

 


Berpisah jua:
..Setelah 12 hari, akhirnya...

Selamat tinggal Masjidil Haram, selamat tinggal Makkah, selamat tinggal Madinah...semoga Jemaah al Zahabi beroleh Umrah yang Mabrur, segala dosa diampunkan dan melabur pada perniagaan yang tidak merugikan...Semoga Umrah kami kali ini bukan yang terakhir...


 









kini...

Rindu..Rindu Serindu rindunya :

..Semasa berada di sana rasa tak cukup masa, di Madinah rasa sangat sekejap, Di Makkah juga rasa sangat sekejap..setiap hari berulang alik 10 km dari hotel ke masjid juga tak berkeluh kesah..terus kuat, semangat..

..Bila di Sini aku jadi lemah, letih, lesu..terbaring di sofa ralit mengenang hari2 yg dilalui di Tanah Haram bumi Barokah..entah kemana semangat menghilang..aku rindu...

....Ya Allah Limpahkan rezki, kesihatan dan rahmatMu padaku dan keluarga ku untuk kami datang lagi menjadi tetamuMU..
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:

"Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali kepada tiga Masjid. Iaitu; Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan Masjid Al Aqsha."