Khamis, 10 April 2014

Nota Kehidupan : Kembara Tanah Suci, UMRAH 2014

Catatan Perjalanan Umrah & Ziarah bersama MUMTAZ TRAVEL SDN BHD 2014


Catatan Perjalananku, Hari Pertama, Khamis 20/3/2014:


Saya minta maaf:

Saya dan family kami semua minta maaf atas segala salah dan silap dan tolong doakan perjalanan kami...

..Jutaan Terima kasih kepada Mumtaz Travel dan staff pengurusan...

...Ya Allah tolong selamatkan permusafiran kami dan terimalah kami sebagai tetamuMu




Alhamdulillah...selesai umrah yang pertama...beginilah ramainya ummat manusia jam 1.30 tengahari...
....Terima kasih ya Allah...


Catatan Hari Kedua, Jumaat 21/3/2014  :


Alhamdulillah. selesai umrah ke 2. Hari ni solat jumaat. Solat sunat dalam Hijir Ismail di bawah pancuran emas..

..Rasa sangat gembira dan berpuas hati walau ada beberapa cabaran...hari jumaat ummat manusia semakin ramai entah dari mana mereka datang berbondong2. Yang pasti tujuan kita hanya satu..



Catatan Hari Ketiga Sabtu 22/3/2014 :

Alhamdulillah hari ni jaulah ke padang Arafah kawasan dan tempat Haji serta Masjid Ja'ranah.

...aku merasakan setiap kali datang pasti ada perubahan dan pelbagai pengalaman baru...

aku ada terbaca mafhum Hadis Nabi S.A.W... suatu masa nanti di bumi Arafah yang lapang dan panas akan ditumbuhi oleh tumbuhan hijau dan itulah tanda2 kiamat









Catatan Hari Keempat Ahad 23/3/2014 :

Hari ke empat. Alhamdulillah...harini xpdc mendaki Jabal Nur menjejaki penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW junjungan Mulia di Gua hira'..

...sejujurnya...ku tak bisa. Mendaki ke puncak jika tanpa Dia.












Catatan Hari Kelima Isnin 24/3/2014 :

Hari ke Lima. Alhamdulillah. Hari ni jaulah ke ladang unta dan Masjid Hudaibiyah serta memakai ihram untuk umrah ke 3.

...Perjanjian Hudaibiyah kelihatan berat sebelah seolah olah merugikan ummat islam. Tetapi sebenarnya kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. dalam membuat perancangan akhirnya membawa kepada kemenangan di Fathu Makkah..alhamdulillah. harini kita dapat melaksanakan ibadat Haji dan Umrah dengan aman sejahtera.







Catatan Hari Keenam Selasa 25/3/2014 :

Hari ke Enam. Alhamdulillah. Hari ni jaulah sekitar Masjidil Haram...

...Menjejaki tempat kelahiran junjungan Mulia Muhammad SAW. sekarang telah menjadi maktabah. Melihat tapak rumah Saidatina Khadijah dan Jabal Kubais yang menyimpan pelbagai sirah perjuangan Dakwah Rasulullah SAW...

...bawak atok pon melihat tempat saie sejarah Bukit Sofaa dan marwah. .bagaimana terbitnya air zamzam. nikmatnya mampu menghilangkan kepenatan setelah tawaf dan saie ..

..sebelum balik pekena eskerim dulu hilangkan dahaga..










 Catatan Hari Ketujuh Rabu 26/3/2014 :

Hari ke tujuh. Alhamdulillah. Selesai Umrah ke tiga. Setelah wajib bercuti beberapa hari..

...Hati terasa sayu..esok akan berangkat ke Madinah Meninggalkan Makkah al Musyrifah..

...saat2 begini banyak hati yang harus disantuni. Kata2 harus selalu terpuji. Janganlah tersalah bicara. Kesabaran menguji diri..ya Allah tolong permudahkan segala urusan ku dan mereka








Catatan Hari Kelapan Khamis 27/3/2014 :

Hari ke Lapan. Alhamdulillah. Selesai Tawaf Wida'. Tawaf selamat tinggal. Mudah mudahan dosa kami diampunkan. Amal kami diterima umrah kami umrah mabrurah..semoga kami masih diberi peluang, diluaskan rezki, kesihatan tubuh badan dan kelapangan untuk sampai ke sini lagi...insyaAllah. 


...bersiap menuju ke Madinah bertemu Kekasih hati yang dirindui..ya Rasulullah...kami datang mengharap syafaatmu..

..Allahhumma Solli a'la Sayyidina Muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wa Sallim.





Madinah al Munawwarah:

...Alhamdulillah. selamat sampai ke Bumi Madinah yang penuh Barakah setelah 6 jam perjalanan..Damainya bumi ini terlihat dek mata terasa di hati..

...Jemaah sedang menjamu selera seterusnya bersiap siap untuk Ziarah bertemu Rasulullah SAW kecintaan Ummat Islam....

...Wahai Purnama wahai Purnama yang Indah lagi sempurna...bagaimana bagaimana nak ku luah dengan kata kata...ya Rasulullah...








Catatan Hari Kesembilan Jumaat 28/3/2014 :

Hari ke Sembilan. Alhamdulillah. Selesai solat Jumaat di Masjid Nabi Muhammad SAW...

... summa Alhamdulillah baru saja keluar dari Raudhah al Musyarrafah..syukur ya Allah. Setelah aku berjanji walau aku selalu berdosa Kau Makbulkan permintaan ku...kau permudahkan urusan ku...

...sementara menanti pintu ke Raudhah di buka dapat melihat kubah terbuka di langit Masjid..Subhanallah. sungguh aku kagum dengan keindahan Masjid Nabawi ini...

...I love U Allah..I love U Rasulullah







Catatan Hari Kesepuluh Sabtu 29/3/2014 :

Hari ke sepuluh. Alhamdulillah. harini kami Jaulah sekitar Madinah. Menyelusuri sejarah Kota Madinah yang Makmur..

...Ziarah masjid Quba' menunaikan solat sunat iktikaf dan dhuha. mudah mudahan kami mendapat pahala mengerjakan Umrah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada siapa yang berwudu dari rumah kemudian dia solat di masjid Quba'...


...Seterusnya ziarah ke Medan Uhud. Tempat yang mempunyai banyak peristiwa. Medan pertempuran dan medan Syuhada'. Uhud menjadi saksi kecederaan yang dialami Rasulullah SAW kerana mempertahankan Agama..

...Madinah kota sejarah.sirah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat. Semoga jadi ikhtibar kepada kita.





...Alhamdulillah. Allah permudahkan. Dapat masuk Raudhah lagi. Selesai solat zohor tadi tobur untuk masuk ke Raudhah..kali ni orang malaysia dulu dibenarkan masuk...seperti derap tapak kaki kuda berlari menuju ke Raudhah yang penuh Barokah...

...Semoga Allah memakbulkan doa kami. Dengan perantaraan Rasulullah SAW. ..

...sehari yang berbaki. Selepas asar barulah melontar riyal...inilah aktiviti yang best ni..sedar xsedar banyak juga riyal yang terlontar....hehehe.





Catatan Hari Kesebelas Ahad 30/3/2014 :

Alhamdulillah. Baru selesai solat Asar dan Ziarah wida' Rasulullah SAW.

...Ya Allah. Dari jauh aku menatap. Hati ini rasa sangat sedih. Masa terlalu pantas berlalu. Rindu masih bertamu. Munajat terus padaMu ya Allah...

...Ya Rasulullah...aku pulang dulu. Suatu masa nanti aku kembali lagi...dengan izin Allah Rabbul Izzati...

...Sebelum ziarah wada' jemaah sempat menziarahi Sokaifat bani Saedah. Tempat perlantikan Khalifah Islam pertama. Saidina Abu bakar As Siddiq selepas kewafatan Rasulullah SAW. sekarang ini sebuah Taman dipagar rapi...



...Jemaah bersiap siap di lobi hotel denhan barang. Menanti kedatangan bas dan berangkat menuju ke Airport Hujjaj...semoga perjalan kami dilindungi dan diberkati. Selamat sampai ke malaysia bumi tercinta




Catatan Hari Keduabelas Isnin 31/3/2014 :
Hari ke dua belas. Alhamdulillah. .selamat sampai klia lcct..now otw balik jb...kepala sudah berdenyut. Hidung dah hilang deria...

..sekarang baru rasa rindu pada rumahku syurgaku




Catatan Hari Ketigabelas Selasa 1/4/2014 :
Hari ke Tiga belas. Alhamdulillah. Catatan perjalanan ku dan jemaah Mumtaz Travel berakhir di sini. Selamat sampai senai..

...Terima kasih ya Allah. Terima kasih Suami. Terima kasih family. Terima kasih sahabat jemaah dan terima kasih Mumtaz Travel. .semoga panjang umo kita berjumpa lagi..

..semoga kita semua beroleh umrah mabrurah. .amin



Sekian Catatan Perjalanan dan Nota Kehidupan Kembara Tanah Suci, Umrah bersama MUMTAZ TRAVEL SDN BHD 2014 dengan dibimbingi oleh Mutawwif Hebat Habibi Qalbi Ustaz Mohd Hafiz Mansor... hihihiii

1 ulasan:

  1. JOM PI INDONESIA…!!!

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam