Salman
r.a meriwayatkan, bahwa Rasulullah SAW menyampaikan ceramahnya pada kami di
hari terakhir bulan Sya’ban :
“Wahai para manusia sekalian, telah menyelimuti kalian
bulan Agung yang penuh keberkatan, bulan yang padanya suatu malam yang lebih
mulia dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa di bulan ini merupakan hal yang
fardhu (wajib), dan menjadikan Qiyam (tarawih) merupakan hal yang sunnah,
barangsiapa yang beribadah dengan satu macam kebaikan maka sama saja pahalanya
dengan menjalankan ibadah yang fardhu, barangsiapa yang beribadah dengan hal
yang fardhu maka seakan ia telah mengerjakan 70X hal fardhu tersebut, inilah (Ramadhan)
merupakan bulan kesabaran, dan balasan atas kesabaran adalah Syurga, inilah
bulan kita saling membantu satu sama lain, inilah bulan dimana Allah
menumpahkan rezekiNya bagi orang mukmin”
(Hadits
riwayat Imam Ibn Khuzaimah dalam shahih nya).
Pengajaran dari
hadith
“KEISTIMEWAAN
RAMADHAN” :
1. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang termulia dan terbaik dari
semua bulan. Bulan Ramadhan juga merupakan penghulu segala bulan.
2. Bulan Ramadhan
juga merupakan bulan yang telah Allah SWT WAJIBkan berpuasa ke atas umat Islam.
3. Puasa bulan
Ramadhan telah diFARDHUkan / diWAJIBkan ke atas umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah
dengan turunnya ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 183.
4. Dalam bulan
Ramadhan Allah SWT kurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW satu malam yang
lebih baik dan lebih mulia dari seribu bulan (amalan pada malam tersebut
menyamai 83tahun 3 bulan) seperti yang termaktub di dalam surah al-Qadr. Iaitu
malam Lailatul Qadar.
5. Hanya dalam bulan
Ramadhan sahaja terdapatnya solat sunat TARAWIKH. Tarawikh itu ertinya
berehat-rehat. (santai-santai).
6. Sesiapa yang
menunaikan ibadah sunat seperti sedekah, solat tarawikh, qiamullail, baca
al-Quran dan lain-lain lagi ibadah sunat akan diberi pahala oleh Allah SWT seperti
seorang yang membuat ibadah FARDHU iaitu ibadah yang WAJIB. Dan sesiapa yang
membuat ibadah FARDHU / WAJIB pula Allah SWT akan gandakan sebanyak 70x ganda seperti
menunaikan ibadah FARDHU / WAJIB tersebut.
7. Allah SWT telah
menyediakan bagi orang yang berpuasa dengan kesabaran dan keimanan yang jitu
sebuah SYURGA yang dinamakan al-RAYYAN
Pesanan Ustazah :
Semoga anak-anak didik kesayangan semua dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaiknya.
Kalau boleh tinggalkan perkara-perkara yang melalaikan kita atau yang boleh
mengurangkan pahala ibadah puasa kita. TV, Game, lepak-lepak dan memacam lagi
perkara yang tidak berfaedah tu, kurangkan. Banyakkan baca al-Quran, atau kalau
tengok TV, buka siaran yang boleh mendatangkan manfaat ilmu dan menambah
pengetahuan agama kita. Jangan tengok yang maksiat-maksiat pula, nanti sia-sia
ibadah puasa kita . Lagi satu, jangan ponteng puasa. Memang Ustazah tak tahu kalau
ada yang curi-curi makan, tetapi Allah-kan MAHA MELIHAT & MAHA MENGETAHUI. Akhirnya
JOM kita ramaikan Masjid dan Surau dengan solat berjemaah dan solat Tarawikh,
Ustazah tunggu anak-anak didik kesayangan sekalian di Masjid & Surau …
Salam
RAMADHAN & Selamat BERPUASA!!!