"اَلصـِّيــــــَامُ الجُــــــنَّةُ"
Daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai
daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan
selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta
atau mengumpat”.
- Redha dengan yang sedikit (BERSYUKUR)
- Bersedia untuk hari kematian dan kebangkitan
2-
Untuk melahirkan Insan yang BERSYUKUR dengan nikmat kurniaan Allah. Manusia
bila ditarik nikmat baru dia tahu bagaimana hendak menghargai nikmat. Dah sakit
baru kita tahu nikmatnya sihat. Bila dalam kelaparan dan tiada makanan baru kita
tahu hargai Rezeki. Justeru, puasa mengajar kita berSYUKUR. Jangan
banyak membazir waktu berbuka puasa dengan banyaknya makanan. Membazir itu
amalan Syaitan!
3-Untuk
menahan dan mengawal hawa nafsu kita. Bila perut kelaparan, nafsunya akan
terkawal dan berkurangan. Justeru kita boleh tumpu pada ibadah dan ketaatan serta
akan kurang / meninggalkan maksiat.
4-
Puasa mengajar kita menguatkan azam dan tekad. Kita belajar kesabaran, belajar
menguatkan minda dan fikiran. Sebagai contoh : “Bila puasa kita niat,
bila kita niat kita puasa, bila kita puasa kita tidak merokok, bila kita buka
puasa kita merokok, walaupun rokok itu HARAM, tapi paling tidak kita sudah kurangkan
hisap rokok dalam bulan Ramadhan”. Apa kata kalau yang merokok bertekad
dan berazam terus berhenti merokok. Ambil keberkatan dan azam dalam bulan
Ramadhan. Banyak lagi perkara lain yang tidak baik kita boleh
tinggalkan dengan sebab mempelajari azam dan tekad serta semangat dari bulan
Ramadhan. Apa yang penting, kesungguhan dan niat yang tulus suci dan Ikhlas.
5-
Belajar membina akhlak yang terpuji. Bila puasa kita tidak mengumpat, tidak
banyak membazir makan dan minum, dan banyak lagi perbuatan yang tidak baik kita
tinggalkan. Bila puasa, selalunya kita tukar-tukar juadah berbuka dengan jiran,
bila puasa kita jadi pemurah dan suka bersedekah, dan bila puasa kita akan cakap
yang baik-baik sahaja serta banyak menahan sifat kemarahan. Maka ini semua
merupakan hikmah yang membentuk peribadi dan akhlak terpuji dari bulan
Ramadhan.
Pesan Ustazah : Semoga anak-anak murid kesayang semua dapat menghayati hikmah dan kelebihan daripada bulan Ramadhan.
Ingat, Ramadhan datang hanya setahun sekali. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat
diri kita, siapa tahu? Jadi bersungguh-sungguhlah kita rebutkan peluang dan
ruang yang Allah swt berikan ini untuk kita memperbaiki diri dan amal ibadah Moga-moga
Allah swt memberi kita kerahmatan, keampunan dan hidayah taufiqNya pada kita
semua. Akhirnya, dah berapa Juzuk al-Quran anak-anak murid kesayangan baca??? Jangan lupa
baca al-Quran, kalau boleh dapatkan khatam sekali dalam bulan Ramadhan.
Salam IBADAH & Selamat BERPUASA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan