MERIAHKAN
BULAN ZULHIJJAH...
Apabila menjelang 1 zulhijjah, ramai umat Islam melakukan Ibadah Haji
dan berazam melaksanakan Ibadat Korban.
Selain daripada ibadah Haji dan Kurban, terdapat banyak lagi Ibadat
sunnat yang boleh dilakukan untuk memperolehi Pahala dan Rahmat Allah S.W.T.
Kerana ingin melahirkan rasa cinta kita kepada tuntutan Allah dan Sunnah RasulNya, marilah kita sama-sama melapangkan dada, menanamkan niat yang indah-indah supaya segala amalan baik itu menjadi saham buat kita di akhirat kelak.
Antara Ibadat yang paling istimewa adalah :
1.Menghidupkan 10 hari yang pertama
dalam bulan Zulhijjah. Dengan Solat dan Puasa (terutama puasa pada hari Arafah,
iaitu 9 Zulhijjah).
2.Banyakkan bersedekah .
3.Banyak
berzikir, bertahlil, bertahmid
4.Banyakkan membaca al-Qur’an dan menghayati maksudnya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Tidak
ada hari yang amal solehnya dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh
ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil,
bertakbir
dan bertahmid.”
(Hadis
riwayat Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan