Tersebut sebuah kisah...
Dalam sebuah hadith menceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki
wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang
sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji.
Bahkan wukuf di Arafah disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila
seseorang ituberwukuf di Padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna
walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Alhajju Arafat" (Haji itu di Arafah).
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil
tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak
ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa
segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan
itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka
dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu
neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah
berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut.
Tapi tidak sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat
itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya
kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga
untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu
neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu
yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki
itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang
ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan
di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan
menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang
engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga
itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat
yang diucapkannya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan