Dosa sifar!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, berapa ramaikah antara kita yang
merasakan betapa beratnya hati dan rasa bersalah apabila mendengar perkataan dosa ! Cuba
rakan-rakan dan anak-anak sekalian sebutkan perkataan ini kepada sesiapa sahaja yang kamu kenali atau
tidak, bagaimana respon atau reaksi mereka ? tergamam? buat tak tahu? atau tunduk menginsafi? Alhamdulillah, kalau kita dan mereka faham...
Tetapi bagi mereka yang keras hatinya, seakan-akan telinga mereka kurang senang
mendengar kalimah tersebut. Apatah lagi kalau dikatakan , ‘ini tidak boleh",
"kalau dikerjakan nanti berdosa" dan "akan masuk neraka".
Bagi golongan ini, kalau dirasakan dah terlanjur, maka sibuk mencari pelbagai alasan
seperti "memang dah kehendak Allah, nak buat macam mana ?". Seolah-olah Allah
yang bersalah, bukan dirinya. Apalagi kalau anda menyebut : "berdosa besar dan pasti
disiksa teruk di neraka kelak".
Manusia yang hidup dengan prinsip ini menyambut sinis apa yang anda perkatakan. Yang
penting bagi mereka sekarang, dunia ini dulu, soal akhirat masih terlalu jauh. Persoalan
mati dan kiamat tiada dalam ingatan. Tambahan pula dirasakan apa yang dilarang, enak pula
bagi nafsunya.
Dosa adalah satu perkara besar yang perlu diketahui oleh semua insan…Persoalan
dosa ini banyak disebutkan di dalam al-Quran dan Hadith hinggakan para ulama’ tidak
jemu-jemu memberi penjelasan kepada setiap insan agar menjauhinya di setiap masa dan
tempat.
Paling menyedihkan, malah ada yang mengesyorkan orang lain buat sesuatu dosa seraya dengan
bangganya berkata : "jangan susah, aku tanggung dosa". Seolah-olah dosa adalah
perkara kecil yang tidak perlu ditakuti. Padahal dosa sendiri berat mengunung inikan pula
nak tanggung dosa orang lain. Inilah hakikat manusia, bodoh dan sombong, kecuali mereka
yang mengerti !!!
Sesungguhnya dosa itu merupakan ‘tiket percuma’ untuk masuk ke NERAKA !!!
Dosa merupakan dokumen yang mengesahkan anda sebagai WARGANEGARA NERAKA !!!
Dosa merupakan bukti sah bahawa anda tidak berminat kepada SYURGA !!!
Hakikatnya, dosa adalah ranjau dalam kehidupan dunia ini yang telah diberitahu oleh
Allah dan para RasulNya awal-awal lagi supaya jangan dilanggar dan dilalui, supaya manusia
selamat dalam perjalanan hidup hingga ke akhirat.
Alangkah indahnya Islam…..
Syukur kita kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan kita iman dan Islam.
Islamlah yang mendedahkan kepada kita jalan-jalan yang merbahaya di dunia ini. Jadi,
kita berjalanlah dengan baik dan berhati-hati, ranjau-ranjau yang menyulitkan dan
menghalang perjalanan kita telahpun diberitahu, sehingga kita dapat sampai ke destinasi
tujuan tanpa terpijak ranjau-ranjau berduri yang merbahaya.
Di era kecanggihan ini, kita dapati berbagai perkembangan pesat berlaku khususnya dalam
mempertingkatkan mutu dan kualiti. Masing-masing mengejar kesempurnaan. Dan bagi mukmin yang sejati, sepatutnya memgamalkan slogan Dosa sifar!
walai hakikatnya adalah mustahil untuk mencapai status DOSA SIFAR kerana manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan dosa.
Tetapi yang penting,
kita berusaha sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kadar implasi dan kesalahan.
Begitulah juga dalam persoalan DOSA SIFAR.
Walaupun kita tidak terlepas dari dosa, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk
mengurangkan dosa……
Mulai hari ini, marilah kita adakan kempen pada diri kita…
Aku berazam dan berusaha menjauhi dosa dan perkara-perkara yang membawa kepada natijah Dosa dan Kemurkaan Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan