Jumaat, 25 Mei 2012

PERCUTIAN & PERPISAHAN


Pertemuan itu TAKDIR, perpisahan itu MUTLAK...

Bismillahhirrahmannirrahim...


InsyaAllah ustazah akan bercuti ke sini..weeee..pulau tinggi mersing..
Ketahuilah perpisahan itu menyakitkan. sekurang-kurangnya ia membawa 2 maksud, sama ada suka atau benci. Antara perpisahan yang kita suka dan bahagia ialah kerana menuntut ilmu, perkahwinan, menunaikan haji, menziarahi keluarga dan lain2 lagi. akan tetapi perpisahan yang menyakitkan dan dibenci ialah seperti dihalau dari rumah, dibuang keluarga, dipenjara, dimasukkan ke pusat pemulihan dan lain2 yang memedihkan jiwa.

Anak-anak muridku,
Justeru itu, perpisahan yang belaku di antara kita, ustazah dan kalian adalah kerana percutian sekolah yang kita sama2 nantikan. Pasti nanti ada kerinduan bertandang di hati kita. Kerana itu sebagai tanda kasih sayang ustazah bekalkan kalian latihan cuti sekolah untuk disiapkan. latihan itu bukan apa2, sekadar memastikan kalian tidak leka dengan percutian yang menyeronokkan sehingga lupa kepada pentingnya pelajaran, ustazah juga berharap kalian sedar bahawa obor ilmu itu perlu sentiasa dinyalakan...

Anak-anak murid ku,
Ustazah ucapkan selamat bercuti, gunakanlah masa cuti yang ada sebaik2nya, isilah dengan perkara2 yang berfaedah ya, tolonglah ibu ayah, gembirakanlah hati mereka, jagalah diri dan jangan lupa solat 5 waktu. SesunggunhnyaOrang-orang yang cemerlang di kalangan ummat Islam ialah orang yang sentiasa memperhambakan diri kepada Tuhannya, sentasa melakukan amal ibadah dan menuntut ilmu tanpa jemu walau di mana sekalipun mereka berada. ustazah berdoa semoga kalian dan kita boleh menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah...

Pantun kasih sayang:

setiap pagi sarapan roti
pergi sekolah selalu berbudi
murid-murd selamat bercuti
jagalah diri hiasi peribadi

 anak murid comel sentiasa di hati
 ustazah yg cantik jangan dilupa
 hati gembira seronok bercuti
 siapkan latihan naik sekolah kita berjumpa

selamat bercuti, salam penuh kasih sayang...


Selasa, 22 Mei 2012

Sebuah kelahiran dan sebab Nama

Sanah helwah ya gamilah...sanah helwah ya gamilah...sanah helwah ya gamilah Ustazah Siti Raudah...sanah helwah ya gamilah...

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan ma'nusia, langit bumi dan seluruh alam ini. Terima kasih ya Allah kerana kau masih meminjamkan aku nyawa untuk terus bernafas menghirup udara ciptaanmu di dunia yang sementara ini..

Dedikasi khas buat bonda tercinta, terima kasih mak kerana telah mengandungkan dan melahirkan kita ke dunia ini, tanpa mak mungkin kita tidak dapat mengenal erti sebuah kehidupan yang penuh keseronokan, kedukaan, kebahagiaan dan pelbagai cobaan...

Ketika diri ini dilahirkan pada 23 Mei 1984 yang lalu, keluarga amat bersyukur, almaklumlah anak perempuann sulung, bak menamakan bayi comel itu SITI RAUDAH. Mengambil sempena nama Makam Rasulullah S.A.W yang berada di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Bagaimana bak mendapatkan nama itu, katanya ketika aku dilahirkan arwah tok abah baru balik dari menunaikan haji, kebetulan pula usiaku genap 7 hari terus menamakan aku mengambil berkat dari tanah suci. Kata arwah tok abah, mudah-mudahan bila anak ini besar nanti jadi anak yang baik, cerdik dan elok budi pekerti..seperti taman dari taman-taman syurga...

Sebenarnya nama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana ia juga bermaksud doa. Di dalam Kitab Ahkam wa Fatawa al-Aqiqah menyatakan sunat menamakan anak dengan nama yang baik-baik pada hari ke-7 dia dilahirkan. Berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada hari kiamat, kamu dipanggil dengan nama kamu dan  nama bapa kamu, maka elokkanlah nama kamu."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan berkata : "para ibu bapa wajib mengikuti serta mencontohi Nabi S.A.W dalam memberi panggilan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Gunakanlah panggilan yang kanak-kanak itu suka supaya mereka merasa peribadi dan jiwa mereka disuburkan dengan perasaan kasih sayang serta kemuliaan".

Kenangan : Hari Lahir Bak 31 Julai :D
Alhamdulillah, beruntung aku, mak dan bak memberikan ku nama ini. Masa kecik2 dulu adik beradik dan saudara mara memanggil "odah" ,kata mereka raudah tu panjang sangat susah nak sebut, aku tak suka panggilan tu, menyampah betul, sama pulak dengan nama makcik jiran sebelah rumah, sejuta kali tak suka. Bila mak panggil nama aku dengan volume suara beliau yang sukar dijangka dua2 si Odah ni akan menyahut, maklumlah rumah dekat2, huhuhu...tapi bila fikir2 klu kita tak suka nanti orang yang panggil dapat dosa, nak tak nak aku terpaksa rela..

Selamat hari ulang tahun jugak kepada adik tersayang SITI HASANAH BINTI MOHAMAD yg ke 23..same la pulak tarikh lahirnye...pandai mak..huhuhu, alang semoga segala yg terbaik utk alang..doakan andak jugak..

A'la kulli hal, marilah kita sama-sama menghargai kelahiran kita dengan mempertingkatkan lagi amal ibadat kita, membuat muhasabah dan semakan ke atas amalan2 kita, memperbaiki akhlak dan tingkah laku kita, sentiasa berdoa dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah, janganlah kita meraikan hari kelahiran kita dengan perkara yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah, semoga pinjaman yang tidak ternilai dari Allah ini dapat mengembalikan keagungan islam terhadap diri kita dan umat islam yang lain. 

(dalam versi melayu)

selamat ulang tahun wahai si cantik...selamat ulang tahun wahai si cantik...selamat ulang tahun ustazah Siti Raudah..selamat ulang tahun wahai si cantik...huhuhuhu..

Sirru a'la barakatillah...

Isnin, 21 Mei 2012

Insaf & Taubat

Susah untuk benar2 insaf :

Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan oleh Allah, ikutlah Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah kita bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya:

1. Taubat itu hendaklah IKHLAS kerana Allah SWT.

2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidak akan mengulanginya lagi.

3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua kejahatan yang pernah lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya.

4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.

Ya Allah..lapangkan dada hamba2Mu, terimalah taubat kami..


p/s : REJAB telah hadir kembali, petanda sudah dekat datangnya RAMADHAN yang didalamnya ada LAILATUL QADAR, rebutlah ia bermula dari sekarang...

Jumaat, 18 Mei 2012

16 Mei 2012- Terima Kasih


Dulu,kini harap selamanya Bahagia...

Terima kasih byk2 anak2 murid yg bg ustazah hadiah n ucapan yer..syg awak semua la! ni ustazah ade pantun: terima kaseh daun keladi tahun depan bg lagi..hehehe

Dulu-dulu masa tengah bersekolah, terutama sekolah rendah bila tiba hari guru sebok mintak mak, bak duit nak beli hadiah nak bagi kat cikgu. lebih-lebih lagi cikgu peberet..pastu bila dah sekolah menengah pun sebok juga beli hadiah, sanggup tak belanja semata-mata nak belikan cikgu kesayangan hadiah..seronok betul masa tu..lalalala..

Dalam hati berkata, nanti bila aku dah jadi cikgu aku pun nak hadiah jugak! , mesti best dapat hadiah..Alhamdulillah dapat jadi cikgu dan dah dapat hadiah..syukur pada Allah..Dalam hidup ni kita perlu belajar menghargai dan bersyukur, tak kira lah menghargai sesuatu atau seseorang..asalkan apa yg kita ada itulah yang perlu kita hargai. Sebab kadang-kadang apa yang kita ada tu tak semestinya terus menjadi milik kita, kadang-kadang Allah pinjam kan sekejap aje, Allah ambik semula..masa tu lah hati kita rasa sakit, rasa kecewa bagai nak gila...tapi kalau kita pernah menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada, kita yakin setiap ketentuan Allah ada hikmahnya, hati kita jadi lega, lapang selapang-lapangnya...

Semoga Allah sentiasa melindungi aku, guru-guru ku dan anak-anak muridku, harap sangatlah Allah menjaga segala yang kita ada di dunia ini dan menambah segala yang kita ada di akhirat dan syurgaNya nanti...In sha Allah, amin...

Nasihat


Allah masih sayang kita :

Dari Abi Amer atau Abi Amrah Abdullah, ia berkata, Nabi S.A.W. telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, untuk Kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin umat Islam dan orang-orang biasa.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Allah sayang kita lagi...sedikit nasihat utk diri sendiri dan semua sahabat2 saudara sesama islam, tetapi lidah yg bertutur, hati yg terdetik n telinga yg mendengar ini lebih dekat utk dinasihati...

Bila ada seseorang yang memberi nasihat, itu tandanya Allah masih sayangkan kita..

Tidak salah kita bersuka2, bermain, membuat persembahan, tidak apa2 silakan...tetapi perlulah diingat di mana kita melakukan, kepada siapa kita persembahkan, adakah apa yg kita lakukan akan menimbulkan fitnah atau umpatan, menutup pintu2 fitnah itu lebih baik, dari ia menjadi fitnah, mencegah penyakit itu lebih baik dari merawatnya...lapangkan dada, pujuk, tenangkan lah hati kita, terima saje lah..terima lah..tak apa2 malah Allah suka, sayang dan dapat pahala...

Ayuh semua sahabat-sahabat seperjuanganku, anak-anak muridku kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain kepada diri kita, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini?

Tepuk dada tanyalah iman kita..jangan bertanya selera nanti buruk pula padahnya..

...Sirru A'la Barakatillah...

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 16 Mei 2012


Buat Anak Didik Kesayangan Ustazah (Ummi)....

Ustazah bukan yang terbaik :

..Sesungguhnya ustazah sedang menasihati kamu, bukanlah bererti ustazahlah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana ustazah juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..

Gubahan dari kata-kata -IMAM HASAN AL-BASRI

Guruku kalian Abadi Dalam Harum Nama :

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

...Kini setelah bergelar seorang GURU, aku tahu apa erti seorang GURU, jutaan terima kasih kepada semua cikgu2, ustaz/ustazah skbw, smaam, maahad johor, duktor/duktorah universiti Al-Azhar, yang telah mencurahkan ilmu mendidik ku, smg Allah S.W.T membalas budi kalian dgn nikmat SyurgaNya, doaku kalian sentiasa berbahagia di dunia dan di akhirat..Selamat Hari Guru..

Jumaat, 11 Mei 2012

Dapatan dari Kursus Induksi SSM 2012


Kenangan : (tengah) Ustazah yang cute..... hahahaaa

 Catatan 1 :

Dengan kasih sayang:

..Sentuhlah hati pelajar kita dengan penuh kasih sayang, sebagaimana kita tersentuh dan menyentuh perasaan orang yang kita sayang..hmm, rasanya ustazah dah berusaha menyentuh, dan ustazah sayang! Adakah mereka tersentuh dan sayang pada ku??? (*-*)

Catatan 2 :

Kajian kes:

..Dapatan kajian mendapati,kesalahan disiplin pelajar semakin meningkat kerana ramainya guru perempuan. Lebih mengejutkan rupa2nya kerana guru perempuan sering melukakan hati pelajar!..murid2 ku, seandainya ustazah ada melukakan hati kalian, maafkan ustazah ye! jgn jerana kesilapan ini kalian gagal menjadi manusia berguna..

Catatan 3 :

Guru Penyayang murid cemerlang:

...Cikgu2 telah diperkenalkan dgn kempen guru penyayang, masuk kelas cepat tepat waktu, mengajar bersungguh2 dgn penuh kaseh sayang, anak2 murid jgn dimarah, jgn dijeling, apatah lagi di denda dan dirotan, jangan! supaya nnt lahir la murid yang cemerlang..Mudah-mudahan BERKESAN lah yer,jgn cikgu aje bersungguh bersayang2 nnt murid2 pulak akhlak melayang,pelajaran terbang, perangai naik tocang..

 p/s : Doakan moga ustazah dan cikgu2 lain lulus dalam exam induksi nie... banyak yg dapat diambil pengajaran dan perlu dibuat tindakan... huhuhuuu

Bersungguh dalam ketaatan

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Selasa, 8 Mei 2012

Malu itulah hikmat:


..Yang menjadi kata hikmat para Nabi dahulu seperti Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”

Dengan kata lain, bila kita kehilangan sifat malu itu, kita boleh melakukan apa saja yang kita mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejaht-jahat perbuatan..

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu,

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa dengan lidahmu,

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!!!!!!!!

...Wal’iaazubillah!!!

Semoga kita dapat menanam dan menjaga sifat malu dalam diri kita, kerana malu itu sebahagian daripada iman...

Isnin, 7 Mei 2012

Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan:


..Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.

Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”

P/S : Sekadar renungan untuk semua..(*_*)