Bersungguh dalam ketaatan
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian,
berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh
dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke
rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju
masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg
sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan
lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu
seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab
"Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya
bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan
terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai
di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu
untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali
diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah
yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan
badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya
membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah
fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah
mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu
jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh
penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid
dgn selamat..'
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik
yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal
kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan
niat baik tersebut .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan