Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 16 Mei 2012


Buat Anak Didik Kesayangan Ustazah (Ummi)....

Ustazah bukan yang terbaik :

..Sesungguhnya ustazah sedang menasihati kamu, bukanlah bererti ustazahlah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana ustazah juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..

Gubahan dari kata-kata -IMAM HASAN AL-BASRI

Guruku kalian Abadi Dalam Harum Nama :

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

...Kini setelah bergelar seorang GURU, aku tahu apa erti seorang GURU, jutaan terima kasih kepada semua cikgu2, ustaz/ustazah skbw, smaam, maahad johor, duktor/duktorah universiti Al-Azhar, yang telah mencurahkan ilmu mendidik ku, smg Allah S.W.T membalas budi kalian dgn nikmat SyurgaNya, doaku kalian sentiasa berbahagia di dunia dan di akhirat..Selamat Hari Guru..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan