Selasa, 22 Mei 2012

Sebuah kelahiran dan sebab Nama

Sanah helwah ya gamilah...sanah helwah ya gamilah...sanah helwah ya gamilah Ustazah Siti Raudah...sanah helwah ya gamilah...

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan ma'nusia, langit bumi dan seluruh alam ini. Terima kasih ya Allah kerana kau masih meminjamkan aku nyawa untuk terus bernafas menghirup udara ciptaanmu di dunia yang sementara ini..

Dedikasi khas buat bonda tercinta, terima kasih mak kerana telah mengandungkan dan melahirkan kita ke dunia ini, tanpa mak mungkin kita tidak dapat mengenal erti sebuah kehidupan yang penuh keseronokan, kedukaan, kebahagiaan dan pelbagai cobaan...

Ketika diri ini dilahirkan pada 23 Mei 1984 yang lalu, keluarga amat bersyukur, almaklumlah anak perempuann sulung, bak menamakan bayi comel itu SITI RAUDAH. Mengambil sempena nama Makam Rasulullah S.A.W yang berada di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Bagaimana bak mendapatkan nama itu, katanya ketika aku dilahirkan arwah tok abah baru balik dari menunaikan haji, kebetulan pula usiaku genap 7 hari terus menamakan aku mengambil berkat dari tanah suci. Kata arwah tok abah, mudah-mudahan bila anak ini besar nanti jadi anak yang baik, cerdik dan elok budi pekerti..seperti taman dari taman-taman syurga...

Sebenarnya nama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana ia juga bermaksud doa. Di dalam Kitab Ahkam wa Fatawa al-Aqiqah menyatakan sunat menamakan anak dengan nama yang baik-baik pada hari ke-7 dia dilahirkan. Berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada hari kiamat, kamu dipanggil dengan nama kamu dan  nama bapa kamu, maka elokkanlah nama kamu."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan berkata : "para ibu bapa wajib mengikuti serta mencontohi Nabi S.A.W dalam memberi panggilan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Gunakanlah panggilan yang kanak-kanak itu suka supaya mereka merasa peribadi dan jiwa mereka disuburkan dengan perasaan kasih sayang serta kemuliaan".

Kenangan : Hari Lahir Bak 31 Julai :D
Alhamdulillah, beruntung aku, mak dan bak memberikan ku nama ini. Masa kecik2 dulu adik beradik dan saudara mara memanggil "odah" ,kata mereka raudah tu panjang sangat susah nak sebut, aku tak suka panggilan tu, menyampah betul, sama pulak dengan nama makcik jiran sebelah rumah, sejuta kali tak suka. Bila mak panggil nama aku dengan volume suara beliau yang sukar dijangka dua2 si Odah ni akan menyahut, maklumlah rumah dekat2, huhuhu...tapi bila fikir2 klu kita tak suka nanti orang yang panggil dapat dosa, nak tak nak aku terpaksa rela..

Selamat hari ulang tahun jugak kepada adik tersayang SITI HASANAH BINTI MOHAMAD yg ke 23..same la pulak tarikh lahirnye...pandai mak..huhuhu, alang semoga segala yg terbaik utk alang..doakan andak jugak..

A'la kulli hal, marilah kita sama-sama menghargai kelahiran kita dengan mempertingkatkan lagi amal ibadat kita, membuat muhasabah dan semakan ke atas amalan2 kita, memperbaiki akhlak dan tingkah laku kita, sentiasa berdoa dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah, janganlah kita meraikan hari kelahiran kita dengan perkara yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah, semoga pinjaman yang tidak ternilai dari Allah ini dapat mengembalikan keagungan islam terhadap diri kita dan umat islam yang lain. 

(dalam versi melayu)

selamat ulang tahun wahai si cantik...selamat ulang tahun wahai si cantik...selamat ulang tahun ustazah Siti Raudah..selamat ulang tahun wahai si cantik...huhuhuhu..

Sirru a'la barakatillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan