INDAHNYA DUNIA MUKA BUKU...
Setelah beberapa tahun dalam usaha menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran
melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut
ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda
haramnya.
Perlakuan
dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun
di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)Mendedah keaiban
suami, isteri di facebook.
Terdapat
beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik
facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di
ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan
mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami
membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui
status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana
yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah
tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada
orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin
bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib
suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas
tekanan di dalam diri.
Namun,
tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan
oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya
bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada
melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah
yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan
kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik
beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan
lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga
seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor
Rumahtangga.
Pendedahan
masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama
sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah
sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat
sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku
pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik
sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya
sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan
sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya
melalui facebook.
Beramanahlah,
berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar
mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh
juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana
yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang
wajar.
2)Terlebih gambar
Ramai
di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi
lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap
kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka,
sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga
memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang
diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang
pelbagai.
Agak
pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka
memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak,
tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki
yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang
berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih
pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang
komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan
berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar
gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan
bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada
juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat
dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang
sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam
kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
3)Penyamaran
Lelaki
menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya
mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki
berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita.
Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita
tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula
menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai
secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara
itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh
gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si
wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis
sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak
sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk
menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4)Download gambar untuk
simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan
juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook,
terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan
sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang
dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan
menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada
mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja
gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan
sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami.
Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak
perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga
nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin
menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh
wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan
isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)Tagging gambar tanpa
izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging
atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk
menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan
rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini.
Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair
dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini
adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian
meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu
disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat
oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.
Ini
boleh menjadi dosa, kerana :-
1)Sebahagian individu
di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah
menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
2) Individu terbabit
berada di dalam rumah,
bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna
kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang
sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag'
itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang
pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan
berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka
boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
3) Gambar mengaibkan
orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam
situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya
kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi
mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai
kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia
mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya
secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu
sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain.
Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6)Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat
juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra
caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya.
Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu
drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju
bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak
sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin
bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang
menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra
caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan
punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku
ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci',
'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa
yang sepertinya.
Tanpa
disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman
solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak
suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya
dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan
penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti
mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
Kesimpulannya, Itulah
facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh
menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah
dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat
untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama
sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan
isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa
kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan
nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad
sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh
kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam
Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.