Allah S.W.T telah berfirman di dalam KitabNya yang mulia yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendedahkan
diri seperti yang dilakukan oleh
orang-orang Jahiliyyah yang terdahulu”.
(surah al-ahzab: 33)
(surah al-ahzab: 33)
Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Para Mufassirin menterjemahkan maksud tabarruj ialah mereka yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat seperti cara kaum jahiliyah. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Maka Allah S.W.T melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari berhias-hias (tabarruj), untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan,,
Sedarkah kita kaum wanita, bahawa perbuatan tersebut tidak ubah seperti penjual manik tiruan di jalan-jalan atau di kaki lima. Setiap yang lalu pasti memerhatikan. Jika orang tidak melihat, penjual sendiri datang menawarkan diri. Malangnya, ramai pemerhati dari pembeli. Andainya kita berfikir sejenak, nescaya timbul perasaan malu. Maka Natijahnya, sudah pasti kita akan menutup ‘aurat dan keindahan rupa paras yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Ummu Salamah R.A ada menceritakan,pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis
yang telah berhaid (baligh), tidak
harus baginya menzahirkan anggota badan,
kecuali ini dan ini.”
Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan
kepada muka dan dua tapak tangan. Melalui maksud
Hadis tadi, dapatlah difahamkan bahawa Rasulullah s.a.w juga telah menjelaskan bagaimana kedudukan
wanita-wanita yang baik. Sebagai model untuk Muslimat, Rasulullah s.a.w
menyuruh isteri-isteri dan anak-anak perempuan supaya mereka memakai jilbab
(purdah). “Wahai wanita-wanita yang beriman! Hendaklah kamu semua berpakaian menutup
‘aurat. Setiap pergaulan dan percakapan mestilah berpandukan Islam. Dari
aspek-aspek inilah dapat diukur sejauh manakah keimanan kamu dalam melaksanakan
suruhan Allah dan RasulNya”.
Di dunia, kita ditertawakan atau dipermain-mainkan orang, di akhirat pula, kita pasti menerima siksaan! Tidak dinafikan bahawa setiap insan mempunyai perasaan dan keinginan, inginkan kecantikan dan pemandangan yang indah, tetapi, bersederhanalah, bertaqwalah, takutlah kita kepada murka dan siksaan Allah, kerana di akhirat nanti kita belum tentu layak masuk ke syurganya apatah lagi untuk cuba lari dari perhitungannya.
..Tidak menjadi kesalah kita mengikuti fesyen, tapi adalah satu kehinaan melampaui batas dalam berfesyen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan