KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT...
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, lebih mulia drp hari
raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha. Di antara perkara yang telah
dan akan berlaku pada hari Jumaat ialah ;
a) Adam dijadikanb) Adam dimasukkan ke Syurga
c) Adam dikelaurkan dari Syurga dan dihantar ke dunia (Bumi)
d) Adam dimatikan
e) Hari Kiamat akan berlaku
f) Terdapat satu masa yg mana doa amat makbul.
عَنْ أَبِي لُبَابَةَ بْنِ عَبْدِ الْمُنْذِرِ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
سَيِّدُ الْأَيَّامِ
وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ
الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ
آدَمَ وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ وَفِيهِ تَوَفَّى
اللَّهُ آدَمَ وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ
شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا وَفِيهِ تَقُومُ
السَّاعَةُ مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ وَلَا سَمَاءٍ وَلَا أَرْضٍ وَلَا
رِيَاحٍ وَلَا جِبَالٍ وَلَا بَحْرٍ إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ
الْجُمُعَةِ
Dari Abu Lubanah bin Abdul Munzir, Rasulullah SAW telah bersabda ;
Sesungguhnya hari Jumaat itu penghulu segala hari, semulia hari di sisi
Allah dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Pada hari Jumaat itu
terdapat 5 perkara ; Allah telah menciptakan Adam, Adam diturunkan ke
dunia, Adam dimatikan, padanya (Jumaat) terdapat satu ketika (masa)
dimana tiada siapapun yang meminta kepada Allah, Allah pasti menunaikan
permintaannya selagi dia tidak meminta perkara haram, padanya (Jumaat)
terjadinya hari Kiamat. Tidak ada malaikat Muqarrab, malaikat menjaga
langit, malaikat menjaga dunia, malaikat menjaga angin, malaikat menjaga
gunung, malaikat menjaga laut, melainkan semuanya merasa kasih pada hari
Jumaat.
Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
...Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan sunnah pada hari jumaat, semoga dengan amalan yang sedikit itu dapat membantu kita meraih syurga Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan