Sempadan Laut Tawar dan Masin
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19)
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20)
"Dia
membiarkan dua lautan mengalir dan keduanya akan bertemu, antara keduanya ada
batasnya yang tidak dilampaui masing-masing"
Surah Ar-Rahman : 19-20
Surah Ar-Rahman : 19-20
Menurut Dr. William W. Hay, Proffesor Sains Geologi Universiti
Colorado, pada tahun 1942 setelah ratusan pusat penyelidikan marin dibina,
mereka akhirnya menemui satu sempadan di antara Laut Maditeranean dan Laut
Atlantik. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri air dalam sesebuah lautan adalah
berbeza-beza bergantung kepada kemasinan, suhu dan ketumpatan.
وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ
وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا
مَحْجُورًا (53)
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut
yang mengalir, yang ini airnya tawar lagi segar dan
yang ini masin lagi pahit, dan Dia menjadikan dinding antara keduanya sebagai
batas yang menghalangi".
Surah Al-Furqan : 53
Surah Al-Furqan : 53
Sifat lautan, sekalipun larut
bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang ‘memisahkan’ antara dua laut,
adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal
yang dipanggil ‘ketegangan permukaan’ (surface tension),
kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh
kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati
dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas
pengetahuan dalam bidang fizik, ‘ketegangan permukaan’ atau oceanographi,
fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur’an diwahyukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan